Al Ruqyah Al Syareyah

>> Sunday, September 27, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sedarkah anda wahai umat Islam ...?
Ramai di antara anda telah SYIRIK kepada ALLAH swt kerana meminta bantuan selain dariNya seperti bomoh dan dukun yang tidak mengikuti cara perubatan Islam.

Tahukah anda wahai umat Muhammad ...?
Ayat-ayat di dalam kitab suci Al-Quran merupakan PENAWAR yang paling berkesan. Sebenarnya ayat-ayat amalan para Ulama yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w sudah lama menjadi benteng dan penyembuh untuk diri, keluarga dan rumahtangga daripada gangguan makhluk halus secara berkesan ...!!!

KISAH BENAR (dipetik dari Bacaria)


Gunakanlah Al-Quran sebagai PENAWAR! Tiada keraguan dan was-was lagi. InsyaAllah, dengan menuruti kehendak Islam, segala masalah atau penyakit berkaitan makhluk halus YANG LAZIM TERJADI DALAM KALANGAN MASYARAKAT dapat diatasi dengan mudah. RENUNGAN : Adakah masalah anda akan selesai jika anda berubat dengan ustaz-ustaz yang berkebolehan tetapi anda sendiri tidak mempunyai pendinding diri?

Berkemungkinan besar, jika penyakit anda sembuh, 'benda' tersebut akan datang sekali lagi kerana anda lemah dan tidak mempunyai pendinding diri.

Kini, anda sendiri boleh merawat dan membenteng diri anda daripada gangguan makhluk halus secara berkesan.

InsyaAllah.

0 comments:

MASALAH LAZIM #1 - GANGGUAN JIN

Jin berkenan atau suka mengganggu. Jin itu sendiri berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.

Simptom-simptom yang mungkin berlaku :

~ Histeria.
~ Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.
~ Rasa rendah diri
~ Ketakutan.
~ Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan.
~ Diganggu semasa beribadah.
~ Terdengar bisikan.

MASALAH LAZIM #2 - SIHIR

Dilakukan oleh tukang sihir. Jin diarahkan oleh tukang sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau rumahtangga. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

Simptom-simptom yang mungkin berlaku :

~ Lebam pada badan.
~ Kesan gigitan pada badan.
~ Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
~ Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.
~ Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.
~ Ternampak bayangan objek di dalam rumah.
~ Diganggu semasa beribadah.
~ Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar.
~ Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.


MASALAH LAZIM #3 - SAKA

Warisan atau tinggalan keturunan. Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula (keturunan).

Simptom-simptom yang mungkin berlaku :

~ Mimpi ular, harimau, buaya dan lain-lain.
~ Histeria.
~ Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.
~ Ketakutan.
~ Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.
dan pelbagai masalah lain seumpamanya

LAIN-LAIN MASALAH

Selain itu, set Perubatan Islam ini juga terbukti (dengan izin Allah Ta'ala) dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit lain seperti:

~ Santau
~ Susuk
~ Pukau
~ Anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan
~ Perniagaan/premis yang disihir
~ Perbalahan suami-isteri
~ Pendarahan yang berterusan (istihadhah)
~ Anak-anak menangis diwaktu malam
dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal...




SIAPA YANG HARUS MEMILIKINYA

1. Seseorang yang merasai atau mengetahui bahawa dirinya sudah terkena gangguan makhluk halus

2. Seseorang yang lemah semangat

3. Suami isteri / rumahtangga yang tidak aman, dingin dan berkocak tidak tentu pasal dan tidak diketahui sebab-sebabnya

4. Pengusaha restoran / perniagaan / kedai

5. Seseorang yang selalu berada dalam keadaan tertekan (stress)
6. Keluarga yang baru berpindah atau memasuki rumah baru / kedai baru dsb

7. Sesiapa sahaja yang ingin menggunakan Al-Quran sebagai PENAWAR atau Syifa' untuk mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

PESANAN DAN RAWATAN

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan rawatan ini termasuk penjualan CD.

Antara laman webnya ialah..

http://mp3ruqyah.com/

http://www.pendindingdiri.com/ (INI ADALAH LAMAN WEB SEBENAR SEPERTI YANG ANDA BACA DI ATAS)

http://www.rawatanislam.com/ (INI ADALAH PUSAT RAWATAN YANG TERKENAL DI SELATAN TANAHAIR DAN SINGAPURA)

http://www.penawar.com/ayat_ruqyah.html

Terdapat juga laman web yang menawarkan download secara percuma tetapi audionya kurang jelas dan gangguan bunyi yang bising.

Disini saya cuma link kan ke laman web terbabit. Segala urus pembelian atau rawatan adalah di antara saudara dan pemilik web terbabit. Harap Maklum.

About This Blog

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

emailkan ke ahalim77@gmail.com

Lorem Ipsum

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Saka dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP